WAJAH-WAJAH HANTU YANG MENYERAMKAN, PASTI BUAT KORANG KECUT.
DATE 27 MAY 2016
UPDATE BY INDIE X NIZAM
Mesti ramai diantara korang yang tak tahu rupa hantu dan juga nama gelaran mereka.. Kalau aku update gambar hantu dan nama mereka, pasti buat korang takut... Tapi, sebenarnya kita tak perlu takut dengan makhluk tu sebab mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT, darjat manusia lebih tinggi dari mereka dan sesungguhnya hantu2 itu adalah jelmaan syaitan dan jin supaya menakutkan-nakutkan manusia, buat manusia tunduk pada mereka... Sesungguhnya syaitan dan iblis telah berjanji akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara, bagi yang tidak kuat iman pasti akan mudah terpengaruh dengan mereka dan dengan senangnya mereka juga menakutkan insan2 lemah.. Mari kita berkenalan dengan makhluk2 syaitan laknatullah, tanda2 mereka ada berampiran dengan kita dan tugas mereka.... Tapi sebelum itu aku ingin ingatkan supaya kita jangan taksub dengan makhluk2 ni, nak cari mereka melainkan ilmu agama dan iman kuat didada barulah boleh cari mereka......... Yang penakut tu tak payah cari ok, hahahaha.... Sesungguh nya yang baik itu datang dari ALLAH SWT yang lemah itu datang dari manusia sendiri, semoga kita berada di bawah lindunganNya...
GENDERUWO
Inilah genderuwo, rupa buruk seperti raksasa, selalu menghantui di kawasan batu berair terutama berhampiran laut, rumah2 kosong yang tidak berpenghuni, pokok besar yang rendang atau di sebuah ruangan yang lembab dan sunyi sepi... Ada sesetengah mitos mengatakan genderuwo ini suka menyamar menyerupai manusia dan suka tidur dengan wanita yang sudah berkahwin, jika suami berkerja malam itulah masanya genderuwo ini bertindak, setelah berjaya memukau mangsa maka genderuwo tersebut akan melakukan hubungan seks, ada juga cerita menyatakan genderuwo ada bulu, apabila kita cuba mendekat dan sentuh bulu di badan genderuwo, bulu akan bergerak seperti cacing dengan sendirinya ....
Mitos genderuwo sebagai makhluk gaib sendiri diduga berakar dari mitos kuno Persia gandarewa. Dalam mitos Persia, gandarewa adalah siluman air Persia yang terus-menerus mencoba untuk memakan hal-hal baik yang tercipta dalam mitos penciptaan Persia dan akhirnya akan dikalahkan oleh pahlawan Keresaspa.
Genderuwo dipercaya dapat berkomunikasi secara langsung dengan manusia. Berbagai legenda menyebutkan bahwa genderuwo dapat mengubah penampakan dirinya mengikuti wujud fisik seorang manusia untuk menggoda sesama manusia. Genderuwo dipercaya sebagai sosok makhluk yang buruk dan cabul, karena kegemarannya menggoda manusia terutama kaum perempuan dan anak-anak.
Genderuwo kadang senang menepuk pantat perempuan, mengelus tubuh perempuan ketika sedang tidur, bahkan sampai memindahkan pakaian dalam perempuan ke orang lain. Kadang genderuwa muncul dalam wujud makhluk kecil berbulu yang bisa tumbuh membesar dalam sekejap, genderuwa juga gemar melempari rumah orang dengan batu kerikil di malam hari. Salah satu kegemaran genderuwa yang paling utama adalah menggoda istri-istri kesepian yang ditinggal suami atau para janda, bahkan kadang genderuwa bisa sampai melakukan hubungan seksual dengan mereka.
Dipercaya bahwa benih daripada genderuwa dapat menyebabkan seorang wanita menjadi hamil dan memiliki keturunan dari genderuwo. Menurut legenda, genderuwo memiliki kemampuan gendam untuk menarik wanita agar mau bersetubuh dengannya. Kemampuan hubungan seks genderuwo juga diyakini amat luar biasa, sehingga wanita-wanita korban pencabulannya seringkali merasakan puas dan nikmat yang luar biasa apabila berhubungan badan dengan genderuwo.
Ada legenda menyatakan genderuwa kadang senang bersemayam di dalam rahim
POCONG
Siapa tak kenal dengan pocong?? Sebuah jasad yang dibaluti kain putih atau lebih dikenali sebagai kain kafan, dan penampakan muka yang agak hancur dan menyeramkan.... Orang2 sekeliling aku bila sebut sahaja pasal pocong semua jadi ketakutan, bukan je orang lain, aku pun takut... Menurut cerita orang terdahulu, pocong ini terjadi sebuah jasad yang dikafankan tetapi tidak lengkap, sebagai contoh selepas dikafankan ada orang dengan sengaja mencabut kapas hidung si mati dengan tujuan pemujaan atau hal2 berkaitan alam ghaib maka pocong itu akan menjelma dan akan mencari siapa yang mencabut kapas hidung dan menganggu penduduk kampung yang lain..... Sejauh mana kebenarannya tu aku tak tahu tapi aku tak galakkan korang mencuba cabut kapas hidung atau mengambil tali ikat kain kafan untuk tujuan ilmu hitam dan alam ghaib kerana ia akan membawa padah...
TANDA KEMUNCULAN POCONG
1. Timbulnya Perasaan Aneh Satu tanda-tanda yang paling sering muncul sebelum terjadinya penampakan pocong adalah timbulnya perasaan aneh luar biasa. Hal ini terjadi karena sosok pocong yang sudah datang berhasil menyerap energi disekitarnya. Suhu ruangan menjadi lebih dingin dan kaki gemetar adalah gejala metafisik yang dapat langsung dirasakan oleh sesorang yang akan melihat penampakan pocong.
2. Suara-suara yang aneh Selain memunculkan tanda-tanda berupa perasaan aneh, kehadiran pocong di sekitar kita juga akan membuat telinga kita lebih peka. Suara-suara aneh seperti orang tertawa, menangis, atau suara seperti orang berjalan akan terdengar sangat jelas. Suara yang timbul juga bisa berupa suara ketukan dinding atau pintu dengan ritme teratur sebanyak 3 kali, 7 kali, atau 9 kali.
3. Bau-bauan yang tak biasa Aroma atau bau-bauan minyak-minyak mistik menyerbak seketika dengan sangat kuat menembus lubang hidung dan tercium sempurna merupakan tanda bahwa hantu pocong yang akan muncul di hadapan kita adalah hantu pocong dari jenis jin islam yang baik, sedangkan aroma bau busuk adalah tanda dari awal kehadiran hantu beraura negatif atau jin-jin kafir.
4. Benda-benda yang bergerak Tanda penampakan pocong lainnya adalah adanya benda-benda yang bergerak seketika tanpa disentuh apa pun. Benda yang bergerak spontan ini biasanya benda-benda yang tergantung di dinding seperti bingkai foto, jam dinding atau kalender. Kadang kali benda-benda kaca juga bergerak dengan sendirinya ketika sosok pocong yang datang berasal dari jin dengan kekuatan besar.
.
5- Perilaku anjing menjadi aneh Anjing dikethui memiliki pendengaran yang sangat kuat. Telinganya mampu menangkap suara yang ditimbulkan dari getaran-getaran rendah. Getaran yang menandakan kedatangan pocong dipercaya juga merupakan getaran dengan frekuensi rendah. Anjing dalam hal ini mampu menangkap gelombang suara tersebut dan merasakan kehadiran sosok hantu berbalut kain kafan ini. Perilakunya akan berubah, ia tiba-tiba menggonggong atau tiba-tiba meringkuk sambil mengibas-ibaskan ekornya dengan cepat.
KISAH SERAM HULU SELANGOR...
DATE : 19/3/2016
Cerita ni indie x nizam yang alami sendiri.... waktu itu zam mengikuti kursus latihan pertahanan awam disebuah lokasi hutan simpan hulu selangor, nak dipendekkan cerita waktu itu sudah malam... Hanya zam dan seorang belum tidur lagi, yang lain semua dah tidur... Kami rasa bosan, yela nak keluar, kami pun tak tahu nak tuju kemana, kiri kanan depan belakang semuanya dikelilingi hutan belantara.....
' jat, kita nak kemana ni.... kiri kanan depan belakang semuanya hutan...' Aku bertanya pada ejat, tetapi ijat tidak menjawab pertanyaan aku dan dia hanya perhatikan alam sekeliling... Tidak lama kemudian barulah ijat jawab pertanyaan aku..... ' Aku tak tahu la, bosan jugak duduk dalam hutan ni lama2.....' kata ijat dengan berseloroh..... kami cuba membiasakan diri, sambil aku memetik gitar untuk nyanyi 1 lagu, ijat tiba2 mengoyangkan tanganku..... Aku bertanya pada ijat ' ko dah kenapa ijat?? ' aku tanya begitu.... Lalu ijat menjawab ' ko nampak tak benda duduk bertenggek kat depan khemah perempuan?? ' Kebetulan khemah peserta perempuan betul2 berhampiran dengan khemah peserta lelaki.... Aku bertanya lagi pada ijat' mana?? tak nampak apa2 pun?? ko bagi lampu suluh kat aku, biar aku yang suluh...'
Lalu aku suluh ke tempat yang ijat katakan tadi.... YA ALLAH!!! Pontianak berdiri di hadapan khemah perempuan.. Mukanya hancur memandang ke arah kami.
Aku dengan ijat tidak boleh berkata apa2, hanya mulut sahaja tidak berhenti membaca surah2 al-quran sebagai pelindung kami..... Dengan perasaan yang tidak kuat kami lari masuk dalam khemah, sesudahnya kami masuk kedalam khemah dan cuba lelapkan mata, kami terasa seperti dia ada berhampiran bersama kami.. Dengan rasa yang tidak tahan, kami membaca ayat kursi dan terus cuba lelapkan mata dan ahirnya kami tertidur.. Keesokan harinya aku dan ijat menceritakan apa yang berlaku malam tadi pada sahabat kami yang lain... Itulah kenangan seram aku, diganggu dengan pontianak.....
( pesan aku, kita tak perlu takut pada hantu, syaitan... Yang kita perlu takut dan tunduk pada ALLAH SWT )
KISAH SERAM & MISTERI
KUALA SELANGOR merupakan antara lokasi percutian yang harus dilawati kerana banyak tempat menarik boleh dilawati seperti Bukit Malawati, Taman Alam manakala makanan lautnya murah dan enak.
Bandar bersejarah itu merupakan bekas pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor namun disebaliknya terselit sisi eksentrik yang masih menjadi buah mulut sehingga kini.
Perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Sungai Buloh sejauh lebih 90 kilometer sangat memenatkan tetapi penulis menjadi teruja setelah mendengar cerita orang tempatan berhubung kisah tempat menarik dan cerita pahlawannya.
Kisah Panglima Hitam, orang bunian, Bukit Malawati yang terdapat Batu Hampar, Telaga Tujuh, meriam meletup sendiri, pokok terbakar sendiri serta Kampung Teluk Penyamun cukup menarik untuk dibongkar.
Orang lama Kuala Selangor, Harun Anwar Zaini, 60, menjelaskan, Bukit Malawati merupakan salah satu lokasi yang harus dilawati.
Katanya, pengunjung bukan sahaja dapat bermain dengan kera yang jinak tetapi berpeluang menikmati aura Kuala Selangor menerusi bukit yang menyimpan kisah-kisah misteri.
Antaranya ialah Batu Hampar. Mengikut cerita lisan, ia merupakan batu sungai yang diangkat ke Bukit Malawati.
Pancung dayang
Mengikut maklumat daripada Muzium Sejarah Kuala Selangor, Batu Hampar dijadikan sebagai tempat Sultan Selangor terdahulu, Sultan Ibrahim untuk berehat dan menyabung ayam.
“Ada juga orang kampung mendakwa Batu Hampar itu menjadi tempat hukuman pancung seorang dayang yang berzina dan darahnya disimbah ke sekitar bukit.
“Tiada bukti yang dapat mengesahkannya. Bagaimanapun terdapat lebih kurang lima pokok sena berhampiran Batu Hampar mengeluarkan getah berwarna merah yang didakwa darah dayang itu,” cerita Harun.
Bagi memastikannya, krew Jurnal menoreh semua pokok sena itu. Ternyata benar semua pokok di kawasan batu tersebut mengeluarkan getah merah. Di sebalik cerita itu, ada pihak beranggapan getah pokok sena berwarna merah kerana faktor usianya lebih 50 tahun sedangkan getah sena muda berwarna putih.
Meriam meletup
Selain kisah Batu Hampar terdapat meriam Sultan Ibrahim yang dikatakan meletup secara tiba-tiba.
“Kejadian itu berlaku dua kali. Sekali pada 1960 dan sekali pada 1975 semasa hari ke-28 dalam bulan Ramadan. Punca meriam itu meletup sendiri masih menjadi misteri.
“Kedua-dua peristiwa ini menimbulkan kegemparan kepada penduduk kampung pada waktu itu sehingga mereka membuat solat hajat dan doa selamat supaya Allah menjaga mereka daripada sebarang malapetaka,” katanya.
Semasa kejadian meriam meletup sendiri pada 1975, pokok-pokok sekitar jalan Kuala Selangor sepanjang lebih kurang 20 kilometer terbakar dan tunduk sendiri, tambah Harun.
“Tidak ada petir atau kilat pada masa itu,” ujar Harun lagi.
Cerita eksentrik di Kuala Selangor disusuli dengan kisah Makam Anak Dara.
Menurut versi cerita daripada Muzium Sejarah Kuala Selangor dan cerita lisan orang kampung, seorang anak dara yang warak dipaksa berkahwin dengan seorang pemuda walaupun dia tidak bersetuju.
Gadis itu dikenali dengan nama Siti Rubiah. Siti Rubiah tiba-tiba ghaib pada malam pernikahan.
Jelas Harun, kerana jasad Siti tidak ditemui, sebuah kubur dibina oleh ibu bapanya bagi memperingatinya dan ia digelar Makam Anak Dara.
Penduduk tempatan yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan Siti Rubiah dan dikatakan seorang gadis yang cukup cantik dengan rambutnya panjang melepasi bahu.
Panglima Hitam
Kisah seorang pegawai istana, Panglima Hitam juga memberi nilai sejarah dan semangat keperwiraan kepada warga Kuala Selangor.
Panglima Hitam dikatakan seorang pegawai istana yang taat kepada Sultan dan gigih berjuang mempertahankan kerajaan daripada serangan musuh.
Bagaimanapun, mayatnya turut lesap dan dikatakan masih hidup untuk menjaga Kuala Selangor daripada anasir buruk sehingga kini.
“Dia seorang guru silat dan pegawai yang membantu pemerintahan menewaskan Belanda semasa penjajah itu cuba menakluk Kuala Selangor.
“ Belanda dapat menawan Kuala Selangor namun Panglima Hitam dan bantuan lain, bandar ini dapat ditawan semula keesokannya,” katanya.
Harun mendakwa pernah berjumpa dengan Panglima Hitam pada awal 90-an semasa sedang solat di sebuah surau di Kuala Selangor.
,b>Pesan panglima
Dia mendakwa, saiz badan Panglima Hitam tiga kali ganda daripada manusia normal selain bermuka gelap, memakai tengkolok, berbaju dan berseluar hitam selain menyimpan keris di belakang badan dengan saiz lebih kurang lima meter.
“Beliau berpesan kepada saya dalam bahasa Melayu baku akan tetap menjaga keamanan Kuala Selangor walaupun dalam era kemodenan kini.
“Malah dia berbicara kepada saya jangan lupa menunaikan solat wajib dan jangan berbuat maksiat dengan tempoh perbualan kurang lima minit,” dakwanya.
Pengurus Residen De Palma Kuala Selangor, Lokman Abd. Malek, 50, pula memberitahu, cerita unik mengenai siput laut atau lebih dikenali dengan mentarang yang dikatakan mempunyai pantang larang tersendiri.
“Ada versi cerita mengatakan mentarang akan merajuk dan tidak akan keluar dari lumpur yang terdapat di kuala sungai jika orang hanya mengambil mentarang bersaiz besar dan meninggalkan yang kecil atau dibuang.
“Tetapi sebenarnya banyak versi cerita dan misteri yang terdapat di Kuala Selangor. Terpulang pada setiap individu sama ada ingin percaya atau tidak,” katanya tersenyum.
No comments:
Post a Comment