AKU, SAHABAT & MEWANGI SELAMANYA....
Created By Indie X Nizam
Date 24/3/2015
Time 10:23 pm
Group Participants : John Amy, Zara, Seindah Rafflesia, Aniz, Abg Halim, Abe Wies ( dan yang lain2 kalau aku sebut nanti sampai tahun depan artikel aku ni tak habis....hehehehe )
Ok, kali ni aku nak kongsikan satu cerita artikel tentang sahabat2 aku... Tanpa sahabat kita rasa sunyi, sunyi sangat, tanpa sahabat kita rasa tak seronok nak hidup, betul tak?? Ok aku tak nak cerita panjang aku akan terus open story tentang sahabat2 baik aku yang datang dari pelbagai negeri... harap semua pembaca blog ni enjoy ok...
Ok orang pertama yang aku nak buka story ni adalah john amy, orangnya tampan, hensem lagi kacak bergaya lebih dari aku....hahahaha... Sekali dia senyum awek2 kat luar cair wooo..... John ni memang suka buat kecoh dalam group whatsapp, suka gaduh dengan zara.... Tapi dia sebenarnya baik tapi tu la sehari kalau tak ganggu orang memang tak sah, itu la tabiat dia... mungkin tabiat dia dari sekolah macam tu agaknya...hahaha.... john jangan marah ye,abg gurau je....haha....
Ok mangsa seterusnya, zara..... Zara ni umur 18 dan berasal dari perak, area mana tu rahsia ek..... Dia baru je tamatkan riwayat s.p.m tahun 2015 dan bakal melanjutkan pelajaran ke hospital bahagia ( kata john, abg zam hanya typing je kat sini...hahahaha )... Pada aku, zara comel tapi dah ada boyfriend, so korang tak boleh la nak tackle dia eh, nanti boyfriend dia marah aku tak tahu...hahaha.... Kalau korang nak tau zara ni suka bergaduh dengan john aje kat dalam group ( bukan gaduh manja ek, korang jgn fikir lain...hahahaha ) Hari2 gaduh, ada aje yang tak kena dan boleh menyebabkan pergaduhan, tapi yela bagi aku itu hanya sekadar gurauan, kalau tak bergurau tak best kan, kita dalam group whatsapp nak happy2.......haha...
Ok tak banyak yang aku tahu pasal fahmi ni sebab dia baru sahaja join group dengan aku, dia ni lain sikit, asal ada masalah je dengan awek dia mesti cari aku..... Adakah aku doktor cinta yang boleh selesaikan masalah cinta?? hahahaha perasan aku ni, aku mana layak nak jadi doktor cinta, muka aku ganas hari2 layan lagu rock mana tau cinta2 ni...hahahaha... Apa2 pun fahmi abg minta maaf, abg hanya bergurau ok..... Mangsa seterusnya allysa... Allysa ni antara yang paling muda diantara kami, umur dia 16 tahun dan masih lagi sekolah.....
( gambar sekadar hiasan )
Allysa ni baik je dalam group, dia juga sporting dan tak banyak kerenah, dulu allysa ni ada boyfriend tapi aku tak tahu la dia masih bersama dgn boyfriend dia ke tak.... Nak tau korang tanya la dia sendiri la ( tu pun kalau pembaca blog ni kenal dia,hahahahaha ) Aku tak tau banyak sangat pasal allysa, kalau aku tau pasti aku akan posting panjang lebar kat sini.... Ok la seterusnya aku nak cerita pasal tok ketua group whatsapp aku, abg halim........hahaha.... Kalau korang nak tau, abg halim hensem, lagi hensem dari aku indie x nizam....hehe....
( gambar hiasan )
Abg halim ni pun memang terbaik, faham dengan situasi ahli2 dalam group.... Abg halim jugak salah seorang ahli pemburu hantu atau seekers, masih lagi single dan sedang tercari cari siapakah jodoh beliau.... Apa2 pun abg halim aku doakan semoga abg halim dan kawan2 yang lain jumpa jodoh masing2...amin... Seterusnya kak seindah rafflesia....hehe....
Kak indah ni berasal dari terengganu... Aku tak reti cakap terengganu, yang aku tahu peteh ganu peteh.... itu je yang aku tau....hahaha.... Ok kak indah ni lebih senior dari kitorang ( maksud aku dari segi umur ).... Kak indah memahami kitorang semua seperti abg halim... Dan kak indah juga ada buah hati yang bernama adam.... betul ke?? Nak tau tanya kak indah..... hahaha.... Seterusnya tuan pemilik group mewangi selamanya, anizah.... Orangnya comel je, sejuk mata memandang....
Anizah ni baik orangnya, suka bergurau, suka post gambar yang menarik kat dalam group dan pandai ambik hati ahli2 group.... Memang aku respect, kalau aniz tak join group, kami semua sunyi....
Ok la setakat tu sahaja yang dapat aku coretkan kat sini, nak story panjang tak boleh sebab aku kekurangan bahan cerita untuk tajuk ni... Pada yang aku tak sebut kat sini aku minta maaf banyak2 sebab aku masih belum kenal dengan lebih dekat lagi.... Apa2 pun sahabat mewangi selamanya, korang adalah sahabat yang paling terbaik untuk aku... Aku harap hubungan ukhwah yang kita jalinkan ini berkekalan hingga akhir hayat.... Andai aku pergi untuk selamanya aku harap akan ada penggantiku untuk buat korang ceria dan bahagia.... Terima kasih sahabat ku..
KISAH CINTA AKU...Ok la setakat tu sahaja yang dapat aku coretkan kat sini, nak story panjang tak boleh sebab aku kekurangan bahan cerita untuk tajuk ni... Pada yang aku tak sebut kat sini aku minta maaf banyak2 sebab aku masih belum kenal dengan lebih dekat lagi.... Apa2 pun sahabat mewangi selamanya, korang adalah sahabat yang paling terbaik untuk aku... Aku harap hubungan ukhwah yang kita jalinkan ini berkekalan hingga akhir hayat.... Andai aku pergi untuk selamanya aku harap akan ada penggantiku untuk buat korang ceria dan bahagia.... Terima kasih sahabat ku..
By Indie X Nizam
Date 24/3/2016
01.09 am.
Cinta adalah satu anugerah yang tak ternilai yang dikurniakan dari Allah S.W.T.. Cinta kata tak seharusnya memiliki dan dimiliki, kadang2 kalau bercinta berpuluh tahun sekalipun jika Allah dah tetapkan dia bukan milik kita, kita kena terima ketentuan dariNya Yang Maha Esa...
Kisah yang aku nak kongsikan pada pembaca setia ruangan " cerita aku " ini adalah kisah benar yang aku ingat sehingga sekarang... Waktu itu tahun 2010, aku berkenalan dengan seorang gadis yang bernama bibi aryanti, seorang gadis dari sarawak yang pada waktu dia baru sahaja menamatkan pelajaran tahap ijazah dari universiti malaysia sarawak.... Aku berkenalan dengan dia menerusi sosial chat love, yela masa tu aku mentah lagi tak guna facebook twitter dan sebagainya.... Senang citer aku ni katak bawah tempurung la, tak tahu teknologi luar....hehehe...
Dari love chat la aku kenal dia, disitu aku memberanikan diri perkenalkan diri.... Setelah aku kenalkan diri dan dia pun perkenalkan diri dia, aku pun teruskan berchatting dengan dia bertanyakan khabar, lama jugak kami chatting di alam maya entah macam mana timbul perasaan
suka sama suka.... Dari itu lah aku meluahkan perasaan aku pada dia, masa tu aku dah tak fikir apa daa, aku tak pernah pun jumpa dia.... yela dia duk sarawak masa tu, aku pulak kat selangor jauh nak jumpa.... Pada aku soal jumpa tolak tepi yang penting dia jadi milik aku...
Dia pernah bertanya pada pada aku yang aku bekerja sebagai apa, pada mulanya aku tak nak mengaku yang aku hanya bekerja sebagai seorang tukang pam di stesen minyak caltex sebab aku tahu dia tak pandang kerja macam ni, lalu aku berkata " abg kerja office...." Lalu dia pun berkata " ok la tu bang, gaji lumayan...." Aku terhenti membalas sms bibi aryanti, waktu itu aku terfikir sejenak.... ' Perlukah aku meluahkan segalanya pada dia?? Ahh aku rasa tak perlu la... kalau dia tahu pekerjaan sebenar aku, dia pasti akan tinggalkan aku..." Aku bercakap sendirian...
Selang beberapa bulan aku dapat tahu yang bibi aryanti dapat kerja di kuala lumpur, dia rasa teruja sangat dapat kerja yang boleh dikatakan dekat dengan aku... Aku ingat lagi dia pernah cakap kat aku " abg, kalau la ambil syg balik kerja naik kereta, senang hati syg.... Takde la syg jadi ikan sardin" Ya ampun, aku terkejut dia cakap macam tu lalu airmata aku jatuh mengenangkan nasib diri yang menimpa aku.... Dah la aku kerja kuli pam minyak masa tu, harapan nak ada kereta tu jauh sekali...
Gaji aku masa tu rm650 je, aku tak mampu nak beli kereta masa tu.... Aku pergi kerja mencari rezeki pun guna motor suzuki rc 100 je, walaupun aku rasa perit waktu tu tapi aku bersyukur sangat dengan apa yang ada.... Oleh kerana aku dah banyak bersabar, akhirnya aku luahkan kehidupan aku yang sebenarnya pada bibi aryanti.... Benar jangkaan aku sebelum ni, dia tak boleh terima aku dengan pekerjaan ini... " kalau abg rasa kerja tu buat abg happy, teruskan... selamat tinggal! "..... Itulah ayat yang aku terima, puas aku telefon dia dan akhirnya ibunya yang jawab panggilan " hello, oh nizam bf bibi aryanti ye, ni mama nk ingatkan zam tak payah la hubungi bibi, zam ingat dengan kerja pam minyak boleh bagi makan anak mama ni ke??" Ujar ibu bibi aryanti pada aku.... Nahh!! Hati aku hancur lebur sangat, hina sangat ke kerja aku??
Hina sangat ke kerja sebagai seorang pam minyak?? Walaupun gaji tak seberapa tapi ianya dari hasil kerja yang halal, biarlah gaji aku kecil, tak sama mcm orang pangkat pegawai tapi janganlah hina kerja aku.... Bibi aryanti, hati aku hancur waktu tu kau tahu tak?? Hina sangat ke kerja aku waktu tu?? Aku terasa diri aku hina sgt waktu tu... Sebelum aku putuskan hubungan dengan dia, aku pesan pada dia.... terima kasih kerana menghina aku, aku takkan lupakan penghinaan yang kau bagi pada aku.... aku doakan agar kau bahagia tanpa aku.....
( moral of story..... jika ingin bahagia hingga ke akhir hayat, jagalah hati dan perasaan pasangan masing2.... jangan menghina pekerjaan orang lain, sekurangnya dia mencari rezeki yang halal... sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah S.W.T.... )
-----TAMAT------
BUDAK SEKOLAH ZAMAN SEKARANG.....
BY INDIE X NIZAM
( 20/3/2016, 11.00 PM )
Aku dah lama perhatikan budak2 sekolah ni, ada yang rajin belajar, ada yang aktif dalam sukan dan aktviti bermanfaat... Yang rajin belajar, aktif dalam sukan Alhamdulillahitu bagus dan harap sifat itu dapat diteruskan dimasa akan datang, ok aku tak nak cerita pasal budak yang rajin belajar atau aktif sukan sebab itu pada aku baik je... Aku nak cerita tentang gejala sosial pelajar sekolah zaman sekarang...
Aku sebenarnya banyak tengok video viral ( bukan nama kumpulan penyanyi ye...hehehe ) pasal budak2 sekolah zaman sekarang ni, yang terbaru 8 orang budak sekolah bergaduh di sabah kalau tak silap aku la yang sekarang dah jadi trend viral kat facebook, whatsapp dan sebagainya.... Ya Allah, budak2 sekolah sekarang semakin ganas, bagi aku lebih ganas dari wwe cara diorang bergaduh... Sungguh menakutkan, budak sekolah sekarang dah pandai simpan dendam, lelaki perempuan sama aje, dah pandai bergaduh.... Korang sedar tak korang bergaduh ni memalukan diri sendiri, duit belanja masih lagi mak ayah yang tanggung ada hati nak jadi samseng bagai, kalau dah rasa diri tu hebat pegi apply masuk wwe sana, bertumbuk dengan depa..... ( aku rasa yang tunjuk samseng tu lunyai kea kerjakan dgn brock lesnar wwe atau dudley boyz wwe....hahaha)
Aku nak bagi nasihat la, adik2 sekolah jaga la tingkah laku, takkan ada salah sikit terus nak bertumbuk bagai, fikir sikit kalau adik2 buat macam tu adik dah malukan diri adik dan keluarga dan secara automatik masyarakat akan pandang serong.... Jangan fikir oh aku hebat, orang lain kena tuduk kat aku.... Mungkin adik2 rasa hebat sekarang, mungkin adik2 terlepas hukuman kat dunia tapi huum Allah tak ada siapa yang boleh jangka bila ia akan berlaku..... Jika ada masalah, bincang baik2, jangan nak main pukul je orang lain..... Ingat, apa yang kita buat kat orang pasti orang yang kita buat kita sebelum ni akan balas balik atas perbuatan kita.... Nak belajar buat cara nak belajar, jangan nak tunjuk hebat... Sehebat mana pn kita, kita kena ingat ada yang lebih hebat dri kita iaitu Allah SWT.... wallahualam....
ALAHAI JIRAN...
Ok, sekarang aku nak cerita pasal jiran2 sekeliling.... Bukan aku nak mengata jiran tu semua tak baik, jiran2 tetangga kita baik je ...tapi sesetengah jela.... Ada sesetengah tu lantang bila berbicara, bila marah je bodoh bangang semua keluar, kalau cakap dengan kawan2 lain tak apa, ni dengan adik beradik, dengan mak bapak pun cakap bodoh jugak, kalau cakap slow tak apa, ni kuat2 pula tu... Apa nak jadi ni?? Kau cakap kuat2 orang sebelah rumah yang lain automatik akan dengar, mesti jiran2 kita ni akan menilai cara percakapan, orang akan nilai cara dan orang akan pandang rendah.....
Ok aku tak kisah la nak cakap kasar ke apa, tapi cuba fikir balik.... Marah2 adik beradik, jiran dengan kata2 tak sepatutnya, mengutuk mengata jiran yang lain tu elok ke?? bagus ke?? Nabi tak ajar kita mengutuk, menghina, bertekak sesama manusia, kita kutuk jiran kita dapat dosa, jiran yang kutuk kita pun dapat dosa... Jadi sama2 kita tanamkan azam, niat dan doa agar kita dijauhkan dari sikap mengata, kutuk atau mengeluarkan kata2 kesat.... HORMATI LA SESAMA JIRAN YANG LAIN...
No comments:
Post a Comment